Tuesday, June 5, 2012

3 Hari Bersama AJKO 2012/2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan
selamat datang ke penerbangan kami Luqman Airlines
LMD133 To Heaven. #EH Tyber nak berSteward Bagai Dah Kenapa.
Hai Semua dah bersawang rasa nya Blog nie. Disebabkan hari nie saya dapat 
internet percuma maka saya akan memanfaat kan sebaiknya internet 
percuma ini. Maka bermula lah.

Bermula pada 24/May/2012 maka saya telah menjejakkan lagi kaki
ke Kolej Matrikulasi Perak yang beberapa bulan ditinggalkan selepas program
SPKG yang diadakan pada bulan Januari 2012 baru baru ini.
Kembali nya saya ke KMPk ini bertujuan untuk bersama-sama beberapa
alumni lain menjayakan MPPB 2012/2013 dan dibantu oleh beberapa AJKO yang lain.
Setiba nya saya di KMPk saya telah disajikan dengan program bersama
AJKO-AJKO 2012/2013. Hari Pertama lagi saya dah ponteng event pagi dah,
mcm mana nie...Hahahaha...mengantok katanya,sampai je KMPk sambung buat thesis
sebab kena submit awal. tengahari jumaat,selepas solat jumaat maka bergegas la
saya mencari makanan yang ada di Cafe, makanan percuma plak, gila nak
lepaskan peluang makan percuma kan. Maka Petang itu ketemu la saya dengan 
geng2 alumni yang lain antara nya ialah : Kak Mastura Mansor, Dr Ain, Dr Winnie, Dr Amal Dan Adila Amira atau lebih dikenali sebagai UITM2.

Saya masih belom lagi ketemu adik2 AJKO yang lain, bagaimanakah mereka ya,
adakah mereka bersedia untuk menempuh seminggu yang
sangat memenatkan, adakah mereka mampu menharungi pelajar2 baru KMPk yang 
bakal masuk pada 28/May/2012 nanti. Agenda bertemu AJKO2 yang lain ialah pada waktu
malam hari nya. Selepas selesai makan, saya bersama Dr Ain dan Kakmas straight ke
medan gopeng untuk urusan rasmi dan saya telah diberikan tugasan besar
atas kesalahan saya tidak muncul pada pagi tadi. Tugasan dimana saya harus mengambil
slot bersama AJKO selama 3jam pagi esoknya. Tang Tang tu jgak la saya bagi idea nak Buat
program "Kejar-Kejar KMPk". ala2 explore race la jgak kan...tapi ada 5 check point jer sbb AJKO semua telah diagihkan kepada 5 kumpulan kecil. Motif utama permainan ini ialah untuk mengeratkan
hubungan diantara AJKO-AJKO sendiri, disebabkan ada diantara mereka masih lagi belom mengenali 
diantara satu sama lain.

Maka Pada Malam Jumaat 24 may saya dah alumni yang lain ke LH1 untuk sesi seterusnya
bersama AJKO-AJKO dan program ini diuruskan sendiri oleh Kak Mastura mansur yang berpengalaman
penuh dalam menjayakan aktiviti2 motivasi dan semangat semua. Maka berlaku satu agenda dimata mata
saya nie gatal sangat, dah terpandang seseorang lalu tertusuk kedalam dada.
macam mana nie. Halamekkk dia sangat sangatla menepati citarasa. Perhh. Setelah tiba masa untuk saya bercakap dihadapan, tiada lain yang diutarakan oleh saya dan semua soalan saya ditujukan kepada beliau
sahaja. tu lah, susah kalau saya dh mula tertarik dengan beliau nieh. haish. Kesian yang lain xdapat
nk merasa soalan2 hangat daripada saya ini. Sepanjang masa mata saya hanya memandang tepat kearah dia sahaja. saya tahu yang saya mula suka akan dia. Hanya suka semata2 tidak lebih dari itu.

Sangat banyak lagi perkara2 yang berlaku sepanjang 3 hari bersama AJKO2 yang sangat awesome dan perhh ini, mereka sangat lain selepas program ini dijalankan, saya lebih mengenali mereka, dan mereka sudah tidak ada batasan diantara alumni dan mereka. mereka mampu untuk bergelak ketawa
bersama ALumni itu sendiri, kerana mereka tahu yang kami kesini
adalah untuk membantu mereka sepenuhnya. Dan saya berbanyak terima kasih kerana
si dia juga sudi untuk rapat dan bergaul mesra dengan saya yang tidak seberapa ini. Pengalaman singkat bersama mereka semua, memberi seribu erti yang sangat lumayan. terutama dengan geng2 saya yang:

                HALAMEKK
                              Sebelah Kanan Saya Tu Amirul, Kiri Manosh, Atas Manosh tu
                                         Man n Tepi Man tu Saya Panggil Rosyam Nor.

Dengan adanya korang, buat abang xrasa sunyi walau pun bestie saya tidak hadir sama
semasa seminggu orientasi ini. Amirul Asyraf, Mior, Man, Matan n Semua lah. Korang sangat awesome
bagi saya. Saya rasa mmg sunyi r kalau korang semua xikot kepala
saya yang gila nieh. Alhamdulillah jumpa geng2 yang sekepala sangat seronok untuk bekerjasama. BTW AJKO2 kali ini lebih mesra dengan saya berbanding yang lepas, mereka lebih banyak bergaul
sesama mereka berbanding dengan alumni. Terutama Amirul n Mior mereka sangat2 la peramah n 
rapat ngan saya. apa2 sikit Bro jom Bro. Bro alamekk Bro. perkataan itu akan sentiasa tersemat lam 
sanubari saya...sumpah this is the first time being an AJKO yang menyebabkan saya menitiskan airmata
untuk berpisah dengan korang. Saya xpernah rasa sedih mcm ini bila berpisah dengan AJKO,
tapi kali nie 2 kali saya menitiskan airmata disebabkan keakraban yang kita Jalin Bersama Xkan Pernah Pudar. Saya akan sentiasa bersama anda. Mirul i will always remember our trademarks. ALAMEK.

Nantikan Post Saya yang seterusnya tentang seminggu MPPB.

1 comment:

  1. hai..salam kenal ye, saya kyan from indonesia, sedang search tugas eh,tak sengaje je mampir d situs awak, salam teman :)

    ReplyDelete

Perasaan Anda