BFF best friends forever tentang kesetiaan mereka berdua dan berpegangnya mereka pada janji. The story goes :
Amirul dan Ayiem dua sahabat yang sangat rapat, mereka teleh bertemu di satu minggu orientasi pelajar baru Kampus Institusi di Perak Mereka berkenalan dan mula menjadi sangat rapat dan mereka meminati sukan yang sama dah telah ditempatkan dikolej kediaman yang sama.Tapi sayang nye mereka tidak ditetapkan di bilik yang sama dan punya aras yang berbeza.
Kemana sahaja amirul pergi mesti Ayiem akan bersama, tidak lengkap jikalau ayiem tidak bersama jikalau amirul kemana sahaja. Begitu la juga kalau Ayiem kemana sahaja pasti akan ada nya Amirul Bersama. Keakraban mereka tiada tolak banding nye. belajar bersama2, makan bersama2, kemana2 pun bersama. Kisah bermula bila cuti pertengahan semester bakal bermula.Mereka jarang berpisah, namun cuti bakal bermula Amirul akan pulang ke Kuala Lumpur dan Ayiem akan pulang ke Perlis. Sebelom masing pulang2 ke Kediaman masing2
mereka membuat janji untuk pulang 2 hari awal sebelom yang lain pulang kerana ada agenda akan dilakukan oleh mereka berdua. Maka janji telah dimetrai maka tinggal Kotaan sahaja. Sepanjang seminggu cuti berlalu, mereka hanya bertegur sapa
dan bertanya khabar melalui pesanan SMS dan telifon sahaja.
Maka Hari yang telah dijanjikan telah tiba, Amirul mengambil langkah awak untung pulang ke Kampus pagi serentak dengan Ayiem, namun Amirul lebih awal tiba di kampus.
Perjalanan dari KL ke perak hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja, namun perjalanan dari perlis ke Perak mengambil masa selama 5 hingga 6 jam. Amirul hanya menunggu ayiem
di bilik sahaja, tepat pukul 6 petang Ayiem tiba di kampus tersebut. Dengan hati yang gembira Amirul terus ke bilik Ayiem selepas menerima pesanan SMS yang Ayiem sudah tiba di Kampus. Ayiem ada bekalkan makanan daripada kampung khas buat Amirul yang dimasak mengikut makanan kesukaan Amirul. Amirul dan Ayiem hanya bersama berdua di dalam bilik menghabiskan sisa hari tersebut dengan bercerita dan menonton movie di laptop Ayiem. Di Kolej kediaman
Kampus tersebut hanya kelibat Ayiem dan Amirul Sahaja yang semangat sampai di Kampus Awal. Tepat Pkul 10 malam, Amirul ingin pulang ke bilik nya untuk mengambil beberapa peralatan untuk mandi dan pakaian untuk bermalam bersama Ayiem untuk meneruskan lagi perbualan beliau.
Sebelom Amirul Kembali Ke Bilik Nya AYiem Sempat Berpesan :
Ayiem: " Mirul nanti Pergi Bilik Cepat K, Jangan Tinggal Ayiem Sorang, Aq takot Duduk Sorang Nieh."
AMirul:" Apa la yang Ayiem nak takot, Kalau ada apa2 Jerit je Nama Mirul. I'll be There light a Flash"
Ayiem: " Errmm LAgi pun Mirul Ayiem Ada sesuatu Nak
Bgtau Mirul, Mirul Janji Datang Cepat K. Janji Jangam Tinggalkan Ayiem Sorang2 Okeyh, Janji"
AMirul: " Ayiem nie kenapa, Ok Ok Mirul Janji Xkan Tinggalkan Ayiem Lama2. Tunggu k"
Amirul dengan bergegas pulang ke biliknya dia aras Bawah manakala Bilik Ayiem di Aras 3, dibenak fikiran Amirul, apa la yang akan diberitahu oleh ayiem nanti tentang sesuatu itu.
Setiba Amirul di Kamarnya, Telifon Amirul Berbunyi.
" I can tell u looking at me i know what You see, Any closer and u feeel the heats GG, U dun Have To Pretend That U didnt notice Me, every look will make u hard to breath TRX "
Amirul : Hallo Hallo HOTFM Terengganu bercakap.
Lady: Boleh saya bercakap dengan Mohamad Amirul Asyraf?
Amirul: Yea Saya Bercakap.. Siapa dan Kenapa yer?
Lady: Saya Doktor Kamelia Amalina Bercakap.
Amirul: Yea knapa Doktor?
Lady: Kamu Kenal akan Pelajar Bernama Mohamad Azreen Azli ?
Amirul: Yea doktor kenal, dia ada di room sekarang knapa ya doktor?
Lady: I am sorry amirul, I have to tell u this, Adik Mohamad Azreen Azli Had cause an accidentat Kilometer 128 Ke arah selatan Tepat Pukui 6 petang tadi. Saya menghubungi anda kerana melalui telifon bimbit mangsa tertera nombor telifon kamu yang teratas. Saya Harap kamu boleh menghubungi keluarga mangsa supaya menuntut mayat mangsa di Hospital IPOH dengan segera. Terima Kasih Amirul.
Amirul: Tapi doktor.... Hallo Hallo?
Dengan muka terkejut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan dan tergamam dengan apa yang sedang ermain difikiran amirul. Siapa Yang aku bercakap sepanjang hari Dibilik Ayiem? Siapa Yang sediakan makanan untuk aku makan bersama dengan Ayiem tadi? Adakah makanan yang aku makan tadi benar2 wujud?Janji yang telah dikatakan tadi adalah harus aku kembali semula ke bilik ayiem?Adakah harus aku tunaikan janji itu? Siapakah Ayiem Yang aku bercakap sebentar tadi?Amirul dalam keadaan Yang sangat Buntu. Harus pergi mahupUn Tidak ke Bilik Ayiem. Tapi Amirul Sentiasa Kotakan Janji2 Nya Kepada Ayiem. Dengan semangat yang tinggi dan kasih nya Amirul akan perhubungan Sahabat Mereka berdua Amirul gigihkan diri dan semangat ke bilik Ayiem, untuk melihat keberanan adakah betul apa yang telah diberitahu oleh doktor tersebut benar mahupun tipu Semua nya.
Setibanya Amirul di Bilik Ayiem, Cuba Diketuk Pintu Ayiem, Namun tidak jua bersahut. DI panggil nye Ayiem, Namun tidak jua Bersambut, Tiba tiba. Amirul merasakan sesuatu Telah menyentuh belakang Amirul.Setelah Menoleh, Amirul melihat kelibat Ayiem yang penuh kepucatan.
Ayiem: Terima Kasih Amirul kerana sudi kotakan janji - janji mu walau pun sudah kamu ketahui yang aku sudah tiada lagi didunia ini, aku berjanji untuk memberitahu sesuatu kepada mu, ini lah yang ingin ku beritahu yang aku sudah tiada lagi disini Amirul, aku sudah pergi buat selamanya. Aku ingin memberitahu mu sendiri dengan mulut ku dan aku juga ingin tunaikan janjiku bahawa kita akan pulang awal bersama. Maafkan aku amirul kerana sudah tidak boleh menemani mu kemana sahaja akan kau pergi. sesungguhnya aku merindui mu Amirul. Selamat Tinggal Amirul.
Dengan perasaan terkejut Amirul telah pengsan dan pagi nya bila bangun dia sudah berada di bilik sakit Kolej Kediaman Tersebut Bersama Wadan2 Yang bertugas. Amirul terus menangis dan terus menghubungi keluarga Mangsa dan Amirul Bergegas ke Hospital Untuk melihat buat kali terakhir wajah
sahabat kesayangan nye Mohamad Azreen Azli Atau lebih mesra dengan Gelaran Ayiem. Pengalaman nye semalam bersama Ayiem Semalam hanya dipendam didalam diri Amirul Sahaja walaupun cuba diselidik warden kenapa Amirul Pulang awal ke Kampus dan bagaimana Amirul Boleh mengetahui tentang pemergian Arwah Ayiem. Semua itu Hanya Menjadi tanda Tanya Bagi Mereka. Hanya AMirul Yang tahu segalanya.
Cerita ini Adalah cerita sebenar yang telah diceritakan Amirul Kepada rakan saya supaya mereka menghargai kewujudan Insan yang bergelar sahabat Selagi mereka Ada.Ketika mereka ada la Untuk kita bersama2 mengharungi kisah suka dan duka. Pengajaran Buat semua.Walaupun AYiem sudah tiada, NAmun Amirul tetap tunaikan JANJI2 Nya. Sekian.
No comments:
Post a Comment
Perasaan Anda