Saturday, January 14, 2012

It's Me


Kadang-kadang saya terfikir untuk kelihatan seperti dia, dia, dan dia. Namun saya sedar
dengan menjadi seperti dia, dia dan dia tidak akan menjadikan saya insan yang 
bergelar DIRI SENDIRI. Kadang-kadang hati berbisik, dengan menjadi insan ini,
dengan kelihatan ini, siapa yang mahu memandang mu? Siapa yang ingin mendekati diri-mu?
Siapa yang akan menggelarkan diri-mu sentiasa bila kamu memerlukan nya.


Saya bangga dan bersyukur dengan diri ini, tiada rasa penyesalan di hati, tiada rasa
rendah diri dan sungguh bahagia dengan kehidupan ini, Namun insan ciptaan illahi tidak akan
lari dari rasa yang tidak cukup dalam kehidupannya. Begitu lah Jua saya, masih sentiasa
tidak cukup dengan pemberian yang maha Kaya dari-NYA. Ramai yang memandangku
dengan sekelip mata sahaja, ramai yang bersua dengan ku, namun hilang setelah pertemuan
pertama, ramai yang janjikan pelbagai janji yang mulia, lupus setelah pertemuan itu.
Di Lubuk hati, knapa ini berlaku? apa yang tidk kena dengan diri ini? apa yang melindungii
diriku dari bersua kembali dengan pilihan hatiku. 


Mungkin wajah ku yang bukan keinginan nye mahupun aku sendiri yang tidak disukai nya.
Buruk sangat kah aku, teruk sangatkah aku.
Pelbagai soalan timbul dilunak sanubari ini, namun aku cuba yakinkan pada diriku sendiri yang
itu semua sementara, kalau ia datang pada mu sekali pun, ia hanya lah sementara, untuk kepuasan hati nya.
Tapi sungguh teringin dalam hati ini, untuk kelihatan seperti dia yang tiada
cacat cela-nya, ramai menggila kan nya dan ramai yang mengejarkan nya. Aku ingin
menjadi seperti insan itu. Namun aku sedar yang Angan-Anganku Hanyalah Angan-Angan Belaka.


No comments:

Post a Comment

Perasaan Anda